Sunday, June 20, 2010

Exception #1:My Little Old Friend...

...is now gone.

Afiq,thanks for everything,the good old days we had when we were in school.

Aku takkan lupa waktu mula-mula aku masuk sekolah,aku ingat lagi kaki kau dulu tak cecah tanah pun kalau kau duduk atas kerusi =) dan betapa bangganya kau menggelarkan diri kau sebagai budak paling comel.=P.Yes,you were!

Aku takkan lupa masa kita sama-sama jadi editor untuk majalah sekolah,walaupun banyak masalah yang datang,walaupun banyak benda yang sama-sama kita tengkarkan,semuanya sebab kita nak produce 'The Best School Magazine Ever' sebab kita nak compete dengan majalah sekolah Integomb dan Asis.Of course,sebab kita kurang budget,kita still tak boleh on par dengan diorang tapi kalau kau nak tahu,adik aku Hijaz kata,majalah kita masih yang terbest amongst majalah2 yang successors kita buat.=)

Aku takkan lupa waktu aku,kau,Shameer dan Selow(Ajin ada tak?) stay kat bilik tayangan dan tidur kat situ sebab nak buat kerja untuk majalah sekolah,sama-sama kita dengar lagu feveret kau,'Sweet Escape' by Gwen Stefani.Waktu tu,semua cuak kalau-kalau Cikgu Rosyaimi tiba-tiba datang dan kantoikan kita semua,tapi nasib baik dia tak datang haha.Pastu,esok pagi,semua orang kantoi lewat Subuh.Hehe.

Aku takkan lupa dua tahun sama kau dalam Team Drama English.aksi kau dengan Jijot masa drama terakhir kita kat ABS dulu dan macam mana kau dapat gelaran 'Best Actor' waktu drama Cinderoller dan macam mana kita semua sama-sama hampa sebab tak menang apa-apa masa kat SCIPP.

Aku takkan lupa masa Olympic Beijing 2008,kita sangat excited sebab nak tengok Opening Ceremony waktu prep malam walaupun Trial SPM just around the corner.Kita pergi minta daripada Bonda Pengetua dan cuba convincekan beliau untuk bagi kebenaran untuk tengok.Yay,Bonda bagi!Tapi bila kita pergi bilik tayangan,tengok-tengok bilik tu berkunci*sigh*sampai kau pulak bersemangat nak cuba masuk ikut bumbung dekat bilik BPP.Kesimpulannya,kita tak berjaya nak tengok Opening Ceremony Olympic Beijing sama-sama sampai bila-bila.=(

Aku takkan lupa,yang kaulah yang terbaik dalam GEOGRAFI.Aku takkan lupa the fact that kau hafal semua negara dalam peta dunia.Aku takkan lupa yang kaulah kawan yang selalu dengar pasal benda-benda yang aku minat daripada cerita pasal Anastasia hinggalah ke Forbidden City yang kalau aku cerita kat orang lain,mereka belum tentu berminat nak dengar macam kau.

Afiq,lepas kau dah takde,siapa lagi yang akan baca blog aku ni,sebab kau jelah satu-satunya pembaca blog aku yang setia daripada 'An Anecdote of An Unfathomable Corpus' sampailah aku buat blog yang baru ni walaupun aku dah jarang update.Aku takkan lupa pesan kau supaya istiqamah berblog.

Afiq,mungkin dah terlewat untuk aku cakapkan,but you're one friend that is honest,and who loved me unconditionally yang aku selalu take for granted.Kaulah kawan yang takkan hampakan aku,takkan pertikaikan apa yang aku buat asalkan aku bahagia dan yang pasti akan support aku untuk apa-apa yang aku buat.

Afiq,semoga kau bersemadi dengan aman.Aku sangat sedih kau dah takde dan tak sempat nak tengok aku fly ke UK next year Insya Allah.Tapi apa yang aku gembira sekarang ialah Allah jemput kau pergi pada hari Jumaat,yang dijanji-Nya sesiapa yang meninggal pada hari ni,akan dilepaskan daripada azab kubur.Masya-Allah,kau sangat bertuah Afiq.

Afiq,sorry for everything....for what I've had done to you.Hopefully you've forgiven all my mistakes before you perpetually go.

In memory of Afiq Nordin:March 14,1991-June 18,2010.

"In the garden of life,friendship blooms forever".